Forex adalah pasaran kewangan terbesar di dunia. Jumlah dagangan
mencecah USD5 trilion sehari, 200 kali lebih besar dari pasaran saham seluruh
dunia.
Sejak Forex dibuka kepada umum pada tahun 1996, dagangan boleh
dilakukan secara online serta syarat untuk membuka akaun dagangan juga telah
dilonggarkan termasuk jumlah modal
dagangan yang sangat rendah. Serendah USD5 bergantung jenis akaun dan broker.
Apa itu Urus Niaga Forex
Forex (FX)
= Foreign Exchange = Tukaran Mata Wang Asing
Asas Forex adalah
sama seperti mana perniagaan lain iaitu membeli satu mata wang pada harga
rendah dan menjualnya semula setelah ada kenaikan harga untuk mendapat
keuntungan.
Keperluan asas berurus niaga Forex
Desktop
(PC) atau Laptop
Internet
Kelajuan internet yang biasa pun sudah memadai. Yang penting sambungan
internet anda adalah stabil dan tidak mudah terputus.
Mata wang didagangkan berpasangan (pair)
Pair
terdiri daripada Base currency dan Quote currency.
Contoh: GBP/USD. Base
= GBP, Quote = USD
3 kategori pair yang paling banyak didagangkan:
Major Pair
Currency yang berpasangan dengan USD.
Minor Pair
Major currency yang berpasangan dengan selain USD. Juga dikenali sebagai
Cross Pair.
Exotic Pair
Major currency yang berpasangan dengan currency lain yang kurang
diperdagangkan.
Struktur pasaran Forex
Jika berurusniaga/trade saham, transaksi anda mestilah melalui pusat saham seperti NYSE (New York Stock Exchange). Kalau kita jual beli saham di Malaysia
pula mesti melalui Bursa Malaysia (sebelum ini dikenali
sebagai KLSE – Kuala Lumpur Stock Exchange).
Masa trading Forex
Pasaran mata wang tidak akan pernah berhenti selagi duit masih diguna pakai. Walaupun Forex berjalan 24/7, tetapi anda hanya boleh trade dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja (5 hari). Ini disebabkan oleh broker tutup pada hujung minggu, termasuk hari cuti umum. Jadi hanya 20 hari sahaja anda boleh trade dalam setiap bulan.
Dalam sehari bukan sepanjang waktu market aktif. Ada waktu
rancak, ada waktu perlahan. Dalam gambar di bawah menunjukkan 4 sesi utama
ekonomi dunia. Sesi London & New York paling aktif. Dalam dua sesi tersebut
ada pula jam paling aktif, iaitu waktu overlap (pertembungan), maksudnya
kedua-dua sesi London & New York sedang aktif. Sesi pasaran dapat digunakan
sebagai panduan untuk mengetahui mata wang mana yang banyak didagangkan.
Waktu
siang dan malam yang berbeza mempengaruhi waktu rancak ekonomi negara-negara
tersebut. Pertengahan minggu (Selasa, Rabu dan Khamis) adalah hari paling
aktif. Kebiasaannya hari Isnin adalah paling perlahan, mungkin faktor baru mula
bekerja. Mood bercuti belum habis lagi. Hari Jumaat paling susah untuk dijangka
kerana ia adalah hari terakhir dalam setiap minggu dan trader lebih cenderung
untuk menutup posisi masing-masing pada hari tersebut.
Trading platform
Trading platform adalah software yang digunakan untuk melaksanakan segala urusan dagangan Forex seperti membuat analisa dan membuka/menutup posisi (urusniaga). Software yang paling banyak digunakan adalah MetaTrader 4. Namun dalam perkembangan teknologi yang semakin canggih, pengguna tidak lagi terikat dengan aplikasi komputer sahaja, malahan trading boleh dilakukan dengan aplikasi mobile. Ada juga platform yang berasaskan web tanpa memerlukan apa-apa pemasangan. Anda boleh dapatkan/download semua trading platform ini secara percuma di internet.
jika tidak ada masa untuk trade boleh follow fb ni.. https://www.facebook.com/nobfx
broker yang sangat disarankan
(Bersambung di Urus Niaga FOREX bhg. 2)....
0 Comments